Ahad, 27 Jun 2010

Teks Ucapan Pembentangan RMKe-10


2010/06/10

pix_gal0
UCAPAN PEMBENTANGAN RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (RMKe-10)
OLEH PERDANA MENTERI, DATUK SERI NAJIB RAZAK PADA 10 JUN 2010


KE ARAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI DAN MAJU
Tuan Yang di-Pertua,

Dengan sukacitanya saya berdiri di Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan satu usul seperti berikut: “Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar; merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020; meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Jumaat, 25 Jun 2010

Kunta Kinte original: Usah abai keselamatan bekalan makanan


2010/06/24

MINGGU ini Kunta Kinte nak ulang cakap pasal kebimbangan Kunta Kinte mengenai dasar pertanian. Kunta Kinte takut kita ni cakap tak serupa bikin dalam hal pertanian ini.

Baru-baru ini Kunta Kinte baca berita, kata Bernas cadang nak kurangkan pengeluaran beras Super Tempatan 15 (ST15) kalau kerajaan kurangkan subsidi padi.

Jumaat, 11 Jun 2010

KPI mampu merealisasikan pendidikan bertaraf tinggi
Oleh Ahmad Naim Tahir
2010/04/11

Tujuh strategi dirangka pastikan sub NKRA dicapai

PETUNJUK Prestasi Utama (KPI) dalam pentadbiran kerajaan adalah amalan penting dalam pengurusan prestasi untuk menilai dan mengukur sasaran yang ditetapkan sesuatu organisasi secara objektif, sekali gus membolehkan rakyat menilai perkhidmatan secara menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif.